Tuesday, May 3, 2011

Hati Yang Bersih

Hati Yang Bersih
Hati ana tergerak untuk membincangkan soal hati. Apakah yang membuatkan ana teringin untuk membincangkan soal hati ini , ya..?Ini kerana hati merupakan sesuatu yang mana dapat menghubungkan diri  kita dengan pencipta disamping ia adalah salah satu muwassofat tarbiyah iaitu hati yang sejahtera(Qalbun Salim), bila hati yang bersih dan penuh dengan kebaikan insyaallah baiklah keseluruhannya sama ada anggota seperti mulut, tangan , kaki dan sebagainya, segala hijab kita diantara kita dengan Allah itu akan terhapus namun kita harus tahu  bila hati kita dikuasai dengan kebatilan maka akan lahirlah sifat-sifat yang tidak elok, malah sangat dikeji oleh umat manusia disekitarnya dan juga Pencipta kita sendiri . Sabda Nabi SAW,:

         لا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ

“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati” (Riwayat Imam al-Bukhari).

Hadis Nabi terang-terangan menerangkan bahawa hati ibarat Raja atau penguasa diri. Hatilah yang menentukan hala tuju hidup, jadi sebolehnya didiklah dia dengan dengan dengan ilmu yang aula/utama iaitu Ma’rifatullah(Mengenal Allah). Bial ma’rifatullah insyaALlah segala apa yang  kita cuba buat semuanya adalah kerana Allah. Jika hatinya bersih, elok dan soleh, maka segala tindakan dan perlakuan yang lahir dari anggota-anggota jasadnya akan turut bersih, elok dan soleh, tangan akan hanya mengambil yang bersih dan elok, mata akan melihat kepada yang elok-elok, telinga juga akan mendengar hanya bunyi yang elok, kaki akan pergi ke tempat-tempat yang elok dan begitu lah seterusnya. Namun jika hati kotor, jahat dan fasiq, maka anggota-angota badan juga akan turut menjadi sepertinya penuh kelalaian.
    Kerana itu, amat penting kita mempelajari tentang hati, memberi perhatian kepadanya dan memantau keadaan hati kita dari masa ke semasa. Perubahan dalam hidup kita bermula dari hati. Hati yang perlu diislahkan terlebih dahulu sebelum kita mengislahkan jasad kerana jasad hanya akan mengekori hati kita. Perubahan yang bermula dari zahir tanpa bermula dari batin (yakni hati), perubahan itu tidak akan kekal lama. Namun jika bermula dari hati, Insya Allah ia akan ia akan kekal buat selamanya selagi hati tidak berubah.

Kesimpulannya, kita sedia maklum tentang 3M, mula dengan diri sendiri, mula dengan yang dekat, dan mulalah dengan kecil-kecilan. Apakah yang menepati syarat ketiga-tiga ini, apakah.? sudah tentu dia ialah Hati. Jelaslah hati sangat besar disisi Allah dan cuma disini kita memerlukan keazaman yang kuat untuk berubah dari yang kecil-kecilan ,yang dekat dan dr sekarang, dan perlunya pengaplikasinya. Alilmu bila amal kasajar ilal tsamar. Ilmu tanpa amal seperti pokok yang tidak berbuah. Dengarlah satu sajak,


Wahai hati hamba-hamba Allah                                                                                                                                              Ingatlah kepada Tuhan yang menjadikan mu                                                                                                     
Jangan biarkan hati mu lalai dari selainNya                                                                                                           
Mengapa kamu tidak bersyukur kepadaNya yang memberikan mu panca indera   ?                             
Mengapa kamu tidak mahu sujud?                                                                                                                       
Sedangkan kita telah bersaksi di alam Roh lagi bahawa Allahurabbi                                                   
Jangan engkau lupa Malaikat yang ada pada kanan kiri mu                                                                 
Tidakkah engkau tahu Malaikat maut memerhatikan mu 3 kali sejam                                                   
Ingatlah hari-hari berlalu adalah menandakan kematian semakin dekat                                                
Kesianlah pada diri mu dan hati mu....                                                                                                           
 Dihari perhitungan nanti, Hatilah(niat) yang akan di selongkar....  

No comments:

Post a Comment