Friday, December 24, 2010

KhAlIfah UmaR Abd AZIz- tonjol yg ditonjolkan oleh RASULULLAH SAW


Khalifah Umar bin Abdul Aziz dilantik sebagai Khalifah menggantikan Sulaiman bin Abdul Malik dalam keadaan yang beliau sendiri tidak suka akan pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang.
Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau berkata:
"Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda”.
Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: “Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan”.
Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, jangan terlalu mencintai kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya lebih mencintai akhirat. Kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.
Dalam satu peristiwa Khalifah Umar bin Abdul Aziz, sewaktu sedang bekerja di rumahnya dia didatangi puteranya untuk membincangkan sesuatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Khalifah Umar lantas memadamkan lampu yang terletak di meja yang menerangi bilik kerjanya itu.
Puteranya hairan melihat sikap ayahnya itu lalu bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?". Jawab Umar: “Lampu yang digunakan adalah untuk bekerja dan ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga."
Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri." Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkaliber yang berjiwa besar.
Satu lagi peristiwa lain pula, Khalifah Umar pulang ke rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian anak beliau berkata: "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?"
Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik berkata: "Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?"
Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya."
Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?"
Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata: "Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan." Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"

Saturday, December 4, 2010

TaJUk BeSar hIduP ManuSIa..!!!!




Assalamualaikum Warahmatullah kepada para pelayar yang dihormati.
   
TAJUK BESAR HIDUP MANUSIA

Jadi bila kita diaju soalan begini apakah perkara pertama yang patut kita fikiri dan yakini? Ya Sudah tentu kita menjadi khalifah Allah adalah untuk kita beribadah kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam. Manusia dijadikan di atas muka bumi bertajuk dan boleh dikatakan tajuk itu sebagai khalifah Allah iaitu berperanan penting dalam memakmurkan alam ini bukan dengan melakukan kemungkaran  serta kemaksiatan kepada Allah. Salah satu inti ajaran Islam adalah membimbing manusia menemukan tujuan hidup yang sebenarnya. Islam mengajak manusia untuk merenungi satu pertanyaan yang paling mendasar bagi setiap orang iaitu untuk apa manusia hidup di dunia ini. Pertanyaan ini tentu memerlukan sebuah jawapan yang tepat dan  jika manusia tidak tepat dalam menjawabnya, maka manusia akan gagal dalam hidupnya. Jika manusia gagal dalam hidupnya di dunia maka manusia juga akan gagal di akhirat kelak.{

Jadi semestinya manusia dijadikan untuk beribadah kepada Allah tetapi kebanyakan  manusia itu ingkar dan kufur segala nikmat dan kurniaan  Allah. Kalau kita perhatikan sekarang ini memang dunia penuh dengan kemungkaran dengan gejala sosialnya dan amat jauh manusia itu dgn Tuhanya dan amatlah sedikit manusia yang berfikir dan menggunakan akal dgn hati sebagaimana firman Allah:



"Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.(Al-Mutaffifin [83:14] )"
Ayat lain,


"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan".(Al-Baqara 2:74

iklan sebentar,,
(Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lebih terdapat 219 perkataan serta yg memberi maksud hati telah disebut dan diungkapkan oleh Allah berbanding akal yg hanya disebut sebanyak 25 dan yg memberi maksud seumpama dengannya)

masyaAllah...3x!!
Merujuk kepada  Alam ini pula amat luas dan sudah pastinya ia merujuk kepada setiap aspek yang ada di muka bumi dan langit serta yg berada diantara kedua-duanya dan ini termasuklah manusia dan jin dan telah dicatatkan oleh ALlah apakah peranan masing2.Allah telah berfirman di dalam al Quran:
Firman Allah:


Ertinya:
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya."
(Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)

Ayat diatas amat jelas sekali merujuk kepada jawapan dari Allah yang harus diterima dan diamalkan supaya kita tidak lari dari sunnatullah. wallaulam


Kesimpulannya

Cukuplah untuk saya katakan manusia dan jin dijadikan adalah untuk beribadah kepada Allah dan seterusnya dengan cara bagaimanakah kita menyembah Allah? Cara menyembah Allah atau beribadah kepada Allah ada tiga bahagian iaitu:

1.Ibadah yang asas: Mempelajari, memahami, meyakini Rukun Iman, serta mempelajari, memahami dan melaksanakan Rukun Islam, yaitu Syahadat, Sholat, Puasa, Zakat, dan Haji bagi yang mampu.

2.Ibadah Fadhailul ‘Amal: Amalan-amalan yang utama seperti puasa Isnin Kamis, solat Tahajud, solat2 sunat Rawatib, membaca tasbih, tahmid, tahlil, membaca Selawat Nabi, dll.

3.Ibadah yang umum: Ibadah yang lebih luas, seluas dunia, yaitu hal-hal boleh yang dapat dijadikan amal ibadah jika memenuhi lima syarat :
a. Niat yang benar iaitu karena Alah.
b. Perkara yang kita lakukan dibenarkan oleh syariat
c. Pelaksanaannya juga sesuai dengan syariat
d. Hasil yang diperoleh dipergunakan sesuai syariat
e. Jangan sampai meninggalkan ibadah yangwajib.
Jelaskan Semua ini??
   
 references
http://quran30hari.blogspot.com/2010/08/1-ramadan-juzuk-1.html
http://quran.com/1
http://www.forumkami.com/forum/islam/72114-tujuan-manusia-hidup.html