Firman Allah SWT: ) وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلا تَعْقِلُونَ ( Yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?". (Al-Anaam : 32)
Friday, August 5, 2011
Saturday, June 11, 2011
Ciri Daie yg Iltizam dengan Dakwah.
Imam Hasan al-Banna mengatakan: "Saya dapat menggambarkan sosok mujahid adalah seorang yang dalam situasi mempersiapkan dan membekali diri, berfikir tentang keberadaannya pada segenap dinding hatinya. la selalu dalam keadaan berfikir. Waspada di atas kaki yang selalu dalam keadaan siap. Bila diseru ia menyambut seruan itu.
Waktu pagi dan petangnya, bicaranya, keseriusannya, dan permainannya, tidak melanggar arena yang ia persiapkan diri untuknya. Tidak melakukan kecuali misinya yang memang telah meletakkan hidup dan kehendaknya di atas misinya. Berjihad di jalannya.
Anda dapat membaca hal tersebut pada raut wajahnya. Anda dapat melihatnya pada bola matanya. Anda dapat mendengarnya dari ucapan lidahnya yang menunjukkanmu terhadap sesuatu yang bergolak dalam hatinya, suasana tekad, semangat besar serta tujuan jangka panjang yang telah memuncak dalam jiwanya. Jiwa yang jauh dari unsur menarik keuntungan ringan di sebalik perjuangan.
Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin."
Da’i Yang Bergerak Kerana Allah swt.
Adalah seorang da'i itu adalah yang berlari memohon syahadah kepada Allah swt. di saat melakukan tugas da'wah ilallah. Sebagaimana syahidnya 'Urwah bin Mas'ud ats-Tsaqafi radhiallahu'anhu yang menda'wahkan kaumnya kepada Islam. 'Urwah adalah satu dari dua tokoh besar kaum musyrikin yang disebutkan dalam firman Allah, tentang perkataan kaum musyrikin:
"Dan mereka berkata, "Mengapa al-Qur'an tidak diturunkan kepada seorang besar dari salah satu dua negeri (Makah dan Thaij) ini?" (QS. az-Zukhruf: 31)
Ketika ia menyatakan dirinya bergabung bersama Islam, sekaligus menda'wahkan kaumnya kepada Islam, bertubi-tubi tombak dan anak panah dari segala arah merobek tubuhnya hingga syahid.
Da’iyah yang Memiliki Semangat Tinggi
Anggota harakah Ikhwan, harus mempunyai semangat tinggi sebagaimana semangat al-Aslami adhiallahu ‘anhu yang pernah diceritakan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah: “Bila anda ingin melihat tingkatan semangat, lihatlah semangat Rabi'ah bin Ka'b al-Aslami radhiallahu'anhu. Rasul saw. berkata: "Mintalah kepadaku." Ka'b mengatakan: "Aku ingin menjadi pendampingmu di.syurga." Sementara orang lain ada yang meminta makanan dan pakaian.
Da'i yang Memegang Teguh Janjinya
Seorang akh, dibina untuk mengerti dan melaksanakan sikap sidiq, sebagai sikap mulia para sahabat ridhwanullahi'alaihim.
Seperti kisah Anas bin Nadhr radhiallahu'anhu yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik. Bahawa Anas bin Nadhr, tidak hadir dalam peperangan Badar. Beliau mengatakan:
"Aku tidak ikut dalam perang pertama yang disaksikan Rasulullah saw. Bila Rasulullah kembali berperang melawan kaum Quraisy setelah Badar, niscaya Allah 'Azza wa Jalla akan memperlihatkan apa yang akan kuperbuat."
Di saat perang Uhud, umat Islam menderita kekalahan. Seseorang berkata kepada Sa'ad bin Mu'adz radhiallahu'anhu: "Wahai Sa'ad hendak kemana anda?" "Saya ingin menghampiri aroma syurga di balik Uhud.' Sa'ad berangkat hingga syahid. Di tubuhnya terdapat lebih dari delapan puluh luka akibat pukulan pedang, tombak dan anak panah. Hingga jasadnya tak dikenal lagi oleh saudari perempuannya, kecuali melalui pakaiannya.
Lalu turunlah firman Allah swt. :
“Di antara orang-orang mu'min ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya.” (QS. aI-Ahzab: 23)
Demikianlah seharusnya sikap teguh terhadap janji.
Tuesday, May 3, 2011
Hati Yang Bersih
Hati Yang Bersih
Hati ana tergerak untuk membincangkan soal hati. Apakah yang membuatkan ana teringin untuk membincangkan soal hati ini , ya..?Ini kerana hati merupakan sesuatu yang mana dapat menghubungkan diri kita dengan pencipta disamping ia adalah salah satu muwassofat tarbiyah iaitu hati yang sejahtera(Qalbun Salim), bila hati yang bersih dan penuh dengan kebaikan insyaallah baiklah keseluruhannya sama ada anggota seperti mulut, tangan , kaki dan sebagainya, segala hijab kita diantara kita dengan Allah itu akan terhapus namun kita harus tahu bila hati kita dikuasai dengan kebatilan maka akan lahirlah sifat-sifat yang tidak elok, malah sangat dikeji oleh umat manusia disekitarnya dan juga Pencipta kita sendiri . Sabda Nabi SAW,:
لا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ
“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati” (Riwayat Imam al-Bukhari).
Hadis Nabi terang-terangan menerangkan bahawa hati ibarat Raja atau penguasa diri. Hatilah yang menentukan hala tuju hidup, jadi sebolehnya didiklah dia dengan dengan dengan ilmu yang aula/utama iaitu Ma’rifatullah(Mengenal Allah). Bial ma’rifatullah insyaALlah segala apa yang kita cuba buat semuanya adalah kerana Allah. Jika hatinya bersih, elok dan soleh, maka segala tindakan dan perlakuan yang lahir dari anggota-anggota jasadnya akan turut bersih, elok dan soleh, tangan akan hanya mengambil yang bersih dan elok, mata akan melihat kepada yang elok-elok, telinga juga akan mendengar hanya bunyi yang elok, kaki akan pergi ke tempat-tempat yang elok dan begitu lah seterusnya. Namun jika hati kotor, jahat dan fasiq, maka anggota-angota badan juga akan turut menjadi sepertinya penuh kelalaian.
Kerana itu, amat penting kita mempelajari tentang hati, memberi perhatian kepadanya dan memantau keadaan hati kita dari masa ke semasa. Perubahan dalam hidup kita bermula dari hati. Hati yang perlu diislahkan terlebih dahulu sebelum kita mengislahkan jasad kerana jasad hanya akan mengekori hati kita. Perubahan yang bermula dari zahir tanpa bermula dari batin (yakni hati), perubahan itu tidak akan kekal lama. Namun jika bermula dari hati, Insya Allah ia akan ia akan kekal buat selamanya selagi hati tidak berubah.
Kesimpulannya, kita sedia maklum tentang 3M, mula dengan diri sendiri, mula dengan yang dekat, dan mulalah dengan kecil-kecilan. Apakah yang menepati syarat ketiga-tiga ini, apakah.? sudah tentu dia ialah Hati. Jelaslah hati sangat besar disisi Allah dan cuma disini kita memerlukan keazaman yang kuat untuk berubah dari yang kecil-kecilan ,yang dekat dan dr sekarang, dan perlunya pengaplikasinya. Alilmu bila amal kasajar ilal tsamar. Ilmu tanpa amal seperti pokok yang tidak berbuah. Dengarlah satu sajak,
Jangan biarkan hati mu lalai dari selainNya
Mengapa kamu tidak bersyukur kepadaNya yang memberikan mu panca indera ?
Mengapa kamu tidak mahu sujud?
Sedangkan kita telah bersaksi di alam Roh lagi bahawa Allahurabbi
Jangan engkau lupa Malaikat yang ada pada kanan kiri mu
Tidakkah engkau tahu Malaikat maut memerhatikan mu 3 kali sejam
Ingatlah hari-hari berlalu adalah menandakan kematian semakin dekat
Kesianlah pada diri mu dan hati mu....
Dihari perhitungan nanti, Hatilah(niat) yang akan di selongkar....
Monday, May 2, 2011
serba sedikit bahasa Hokkien
Bahasa Hokkien
Chiak-makan
Kina-jom jalan
Chao-lari
Chiak ben liaow-makan x abis
Yum seng-minum dan Berjaya/jaya
Ho liau-bagus
Qi taloke-pergi mana
Kiam siak-kedekut
Kia -takut
Su- kalah
Kiasu-takut kalah
Bah kut teh-tulang babi
Yum cha-minum teh
Liao-sudah mati
Bo liao-habis duit
Wednesday, January 26, 2011
PentinGNya Amal Jamaie sErTa Beberapa TuntunNya,,
MUQADIMAH
Amal Jamaie adalah di antara ciri utama Harakah Islamiyyah. Malahan, tanpanya akan hilanglah kepaduan dan keseragaman di dalam tindakan harakah. Ia mempunyai cirri-ciri tertentu yang membezakan dengan sebarang aktiviti berkumpulan dan ianya hanya akan dapat dilakukan di dalam konteks sebuah jamaah.
Perlu diberi penekanan bahawa amal jamaie adalah satu tuntutan syari’e khususnya dalam gerakan da’wah dan perjuangan Islam seluruhnya. Firman Allah swt:
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan” (Surah Ali Imran : 104)
HUKUM AMAL JAMAIE’
Tuntutan terhadap amal jamaie tidak seharusnya dipandang ringan dengan melihat beberapa penegasan yang telah diturunkan oleh syariat Allah sama ada melalui Al-Qur’an dan as-Sunnah dan kaedah Usul Fiqh.
1. Al-Qur’an
Allah swt memerintahkan Nabi Muhammad saw supaya memberitahu manusia bahawa amal jamaie itu adalah kerja nabi dan pengikutnya. Allah telah berfirman:
Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku menyeru manusia kepada umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata, dan aku menegaskan maha Suci Allah dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain” (Surah Yusuf : 10
“Katakanlah (wahai Muhammad): inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku menyeru manusia kepada umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata, dan aku menegaskan maha Suci Allah dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain” (Surah Yusuf : 10
Firmannya lagi di dalam al-Qur’an:
Maksudnya:
“Seungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh” (Surah as-Soff: 4)
“Seungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh” (Surah as-Soff: 4)
2. As-Sunnah
Kita akan dapat melihat dengan jelasnya tuntutan sunnah supaya bekerja secara amal jamaie apabila kita meneliti hadith berikut:
Maksudnya: “seungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kambing jua. Ia menangkap mana-mana kambing yang jauh dan terpencil. Maka kamu berjemaah dan bercampur dengan orang ramai serta menghadiri masjid”
Sabdanya lagi:
Maksudnya: “Wajiblah kamu bersama-sama dengan jamaah orang-orang muslimin dan pimpinan mereka”
3. Kaedah usul Fiqh
Kerja da’wah ini sangat besar, tidak mampu dilakukan secara individu dan tentulah ia terlebih dahulu memerlukan usaha jamaie berdasarkan kaedah fiqh:
Maksudnya: “sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya, maka ianya juga menjadi wajib”
PENGERTIAN AMAL JAMAIE
Amal jamaie dapat diertikan sebagai satu usaha secara berjemaah atau kegiatan yang lahir bersumberkan dari satu jamaah yang teratur (berorganisasi) menurut dan menepati manhaj dan skima tertentu menjurus ke arah matlamat yang tertentu.
Untuk penelitian yang lebih mendalam, perlulah dihuraikan beberapa anasir amal jamaie di dalam pengertian tersebut iaitu:
1. Amal yang diputuskan oleh jamaah.
2. Jamaah yang munazzamah (teratur).
3. Menurut manhaj yang tertentu dan kaedah-kaedah pencapainya.
4. Untuk mencapai matlamat yang tertentu.
2. Jamaah yang munazzamah (teratur).
3. Menurut manhaj yang tertentu dan kaedah-kaedah pencapainya.
4. Untuk mencapai matlamat yang tertentu.
1. AMAL YANG DIPUTUSKAN OLEH JAMAAH
Amal yang dimaksudkan disini ialah semua kegiatan jamaah sama ada luaran atau dalaman. Ia akan menjadi amal apabila diputuskan oleh jamaah dan dilakukan di atas keputusan jamaah yang diberi mandate oleh jamaah untuk membuat sesuatu keputusan.
Sebahagian daripada amal jamaah diperingkat luaran ialah seperti menerbitkan sebaran am, menulis majalah atau akhbar, mengadakan perjumpaan, menziarahi orang-orang tertentu, mengadakan tunjuk perasaan (demonstrasi), mengadakan kelas pelajaran dan lain-lain yang diterima oleh syara’.
Syarat-syarat Amal Jamaie
a) Amal tersebut tidak disyaratkan kepada semua anggota jamaah agar terlibat sama, malah mencukupi dengan dilakukan oleh sebahagian daripadanya sahaja. Walaupun demikian, dalam semua keadaan amal yang dilakukan itu diputuskan oleh jamaah dan mendapat persetujuan yang jelas dari jamaah.
b) Amal yang diputuskan itu hendaklah menepati syara’. Apabila amal itu diterima syara’, maka tidak perlulah lagi dipertikaikan jenis, kadar, masa amal tersebut. Termasuk dalam amal yang disyariatkan ialah semua amal yang diharuskan oleh syariat dalam keadaan darurat atau yang diharuskan kerana rukhsah.
c) Amal yang diputuskan oleh jamaah mestilah disertakan dengan niat yang baik dan ikhlas dan dilakukan semata-mata kerana Allah.
d) Amal yang dilakukan mestilah disertakan dengan muqarabah bkepada Allah, berjihad melawan nafsu agar amal tersebut tidak ditulari oleh sifat-sifat syirik dan riya’.
2. JAMAAH YANG MUNAZZAMAH (TERATUR)
Jamaah yang membuat keputusan terhadap sebarang amal jamaie itu mestilah berada dalam satu tanzim yang kemas, teratur dan berencana serta berstrategi, unsur ini merupakan suatu yang asasi dan dharuri bagi mana-mana jamaah yang mempunyai matlamat tertentu. Tanpa tanzim, jamaah tidak akan berjaya dalam gerak kerjanya.
Terdapat beberapa aspek yang perlu wujud dalam jamaah munazzamah:
a) Baiah
Iaitu janji taat setia ahli jamaah kepada pimpinan untuk taat dan hidup di atas landasan yang ditentukan oleh jamaah dalam memperjuangkan Islam. Baiah hendaklah diberikan dengan kefahamn yang jelas tentang setiap aspek jamaah dengan keyakinan yang tinggi dan disusuli dengan iltizam kepada jamaah.
Iaitu janji taat setia ahli jamaah kepada pimpinan untuk taat dan hidup di atas landasan yang ditentukan oleh jamaah dalam memperjuangkan Islam. Baiah hendaklah diberikan dengan kefahamn yang jelas tentang setiap aspek jamaah dengan keyakinan yang tinggi dan disusuli dengan iltizam kepada jamaah.
b) Imarah
Kepimpinan merupakan cirri asas dalam jamaah Islam. Adanya baiah beerti adanya kepimpinan. Dalam konteks sebuah jamaah, kepimpinan mestilah dipilih oleh jamaah dan ia mampu, cekap dalam melaksanakan tugas serta amanah dalam mentadbir menurut lunas-lunas Islam.
Kepimpinan merupakan cirri asas dalam jamaah Islam. Adanya baiah beerti adanya kepimpinan. Dalam konteks sebuah jamaah, kepimpinan mestilah dipilih oleh jamaah dan ia mampu, cekap dalam melaksanakan tugas serta amanah dalam mentadbir menurut lunas-lunas Islam.
c) Ta’at
Bai’ah adalah untuk memastikan ketaatan kepada jamaah. Pendokong dan ahli jamaah wajib mentaati pemimpin terutamanya dalam melakukan amal jamaie.
Bai’ah adalah untuk memastikan ketaatan kepada jamaah. Pendokong dan ahli jamaah wajib mentaati pemimpin terutamanya dalam melakukan amal jamaie.
d) Musyawarah
Pemimpin bertanggungjawab menjalankan syura kerana ia adalah tuntutan syara’ bagi menjamin perkembangan jamaah berjalan dengan baik.
Pemimpin bertanggungjawab menjalankan syura kerana ia adalah tuntutan syara’ bagi menjamin perkembangan jamaah berjalan dengan baik.
3. MANHAJ
Manhaj ialah methodology atau kumpulan tindakan-tindakan atau perencanaan-perencanaan yang digunakan oleh harakah Islamiyyah untuk mencapai matlamatnya. Ia mestilah dibentuk berlandaskan kepada sumber-sumber berikut:
a) Al-Qur’an
b) Sunnah Rasulullah
c) Sirah para sahabat.
d) Pendapat fuqaha’.
e) pengalaman para duat.
b) Sunnah Rasulullah
c) Sirah para sahabat.
d) Pendapat fuqaha’.
e) pengalaman para duat.
Perlu dijelaskan disini bahawa manhaj itu dibentuk berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut:
a. berusaha sedaya upaya menyelaraskannya dengan kehendak-kehendak syara’. Pencapaian matlamat yang murni hendaklah melalui jalan yang murni juga. Oleh itu, islam tidak menerima dasar matlamat menghalalkan cara.
b. Hendaklah bersesuaian dengan kemampuan jamaah dan suasana.
c. Bersedia untuk mengalami proses ubah suai jika keadaan memerlukan.
d. Dasar beransur-ansur dalam perlaksanaan.
e. Hazar dan waspada.
a. berusaha sedaya upaya menyelaraskannya dengan kehendak-kehendak syara’. Pencapaian matlamat yang murni hendaklah melalui jalan yang murni juga. Oleh itu, islam tidak menerima dasar matlamat menghalalkan cara.
b. Hendaklah bersesuaian dengan kemampuan jamaah dan suasana.
c. Bersedia untuk mengalami proses ubah suai jika keadaan memerlukan.
d. Dasar beransur-ansur dalam perlaksanaan.
e. Hazar dan waspada.
4. MATLAMAT
Jamaah adalah satu wadah untuk mencapai dakwah. Amal jamaie sebagai satu program pengembelingan tenaga kea rah menjayakan aspisari perjuangan suci ini sudah tentu matlamatnya ialah untuk menegakkan Uluhiyyah Allah dengan mengajak manusia mengabdikan diri kepadaNya.
PENUTUP.
Keperluan dan kepentingan bekerja secara amal Jamaie sebenarnya dapat dirasakan apabila mencburkan diri dalam gerak kerja di dalam harakah Islamiyyah. Teori yang tersebut di atas diharap dapat dipraktikkan dan bukan hanya bahan perbincangan intelektual semata-mata dan sekadar mengisi ruang-ruang waktu kursus
Subscribe to:
Posts (Atom)