Wednesday, December 15, 2010

Jaga Saff Salah satu dr kesempurnaan SOLAT,,,!!

Allah Berfirman,,
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya."(Hud [11:23])

Rapatkan Saf Solat Kalian..!

Bagi sesiapa yg menyedari hakikat sebenar menjaga saf adalah salah satu dari kesempurnaan solat maka dia hendaklah patuh akan segala adab dan ketertibannya, Allah  telah berfirman

"(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar." (An-Naba [78:38] )

Kita sering mendengar imam2 sebelum memulakan solat akan berkata "Rapatkan saf betulkan saf"dan ada juga imam berkata sedemikian tanpa menoleh kebelakang melihat kesempurnaan saf untuk memperbetulkan saf makmum yg mungkin dikategorikan dlm Saf yg tidak sempurna atau lebih teruk lagi tanpa menyuruh memperbetulkan saf jika melihat hal yg sedemikian berlaku, kerana sesungguhnya ada satu hadis yg amat besar maknanya dan pelaksanaannya iaitu

"Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian." (HR Muslim no 436).

Atas kesedaran tentang pentingnya perkara ini, Umar bin Khattab RA mewakilkan seorang untuk meluruskan saf. Beliau tidak akan bertakbir memulai solat selagi belum dikhabarkan bahawa saf telah lurus. Begitu juga Ali dan Uthman. Ali sering berkata sebelum solat, " Ke hadapan wahai fulan! Ke belakang wahai fulan!" (Jami' Tirmizi 1/439, Muwattha 1/173, Al-Umm 1/233). 

Sesungguhnya jika terdapat muslimin yg mengabaikan aspek demikian sudah tentu ia telah memberi peluang dan ruang untuk syaitan sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung(urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus(urusan) nya." (HR Abu Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495)
Alangkah ruginya kita apabila tidak mendapat pahala solat sepenuhnya hanya kerana kita lalai atau mementingkan keselesaan peribadi, lihat sabda Nabi,
 
"Sesungguhnya seorang hamba itu mendirikan solat tetapi tidak mendapat pahala kecuali sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah." (HR Abu Daud, An Nasai).


Kesimpulannya 
Biarpun tulisan amat ringkas tetapi apa yg saya mahu bawa ini cukup besar dan mengharapkan kita dapat sama2 mematuhi segala adab dan ketertibannya.
1-Ia antara sunnah yg banyak kali ditekankan oleh Nabi SAW, 
2-Ia amat berkait dgn hubungan dgn Allah sebagaimana bersiwak atau lebih dikenali Bersugi.
3-Pasti akan beroleh segala pertolongan dari Allah jika didalam kesusahan.


 

No comments:

Post a Comment